M.I.T.T.I.S

MITTIS merupakan sebuah sekolah tahfiz persendirian (swasta) peringkat menengah di bawah seliaan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) yang menawarkan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) serta menerapkan Project Base Laerning (PBL) kepada pelajar yang terdiri daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Learn More

A.I.T.A.F

Akademi Integrasi Tahfiz Alfalah (AITAF) adalah merupakan sebuah pusat pendidikan komprehensif dan bersepadu telah menyediakan satu platform khusus bagi pelajar huffaz menyambung pengajian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kaedah cepat dan segera (Fast-Track SPM) secara bersistematik dan teratur demi memastikan setiap pelajar mendapat peluang pendidikan secara formal tanpa mengabaikan tanggungjawab pengulangan hafazan Al-Quran mereka

Learn More

S.P.Y

Sijil Perguruan YAPIS (SPY) adalah program pendidikan guru setaraf Diploma Pendidikan yang ditawarkan oleh YAPIS dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) diwujudkan adalah untuk membantu serta mengenalpasti kekurangan yang terdapat dalam kalangan guru-guru sekolah Agama yang tidak terlatih supaya penambahbaikan dapat dilakukan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti guru seterusnya melahirkan guru yang berprofesionalisme tinggi.

Learn More