S.P.Y

PENDAHULUAN 

Guru yang berkualiti diperlukan bagi memastikan aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berintelektual tinggi tercapai. Justeru itu, pendidikan guru seharusnya dapat menghasilkan guru yang berkualiti agar mereka mampu untuk menjana pelajar yang cemerlang. Program Sijil Perguruan YAPIS adalah antara program yang bertujuan untuk menambahkan bilangan guru berkualiti di Malaysia khususnya di Selangor.

Di antara objektif pendidikan guru ini diwujudkan adalah untuk menghasilkan guru-guru yang terlatih dan berkaliber bagi mengajar di semua jenis sekolah dalam sistem pendidikan di negara kita. Bagi menghasilkan guru-guru yang menepati objektif program pendidikan, kualiti kurikulum pendidikan memainkan peranan penting. Ini kerana mutu pendidikan guru adalah berkait rapat dengan kurikulum pendidikan guru yang disediakan. Perancangan di dalam pendidikan guru akan menentukan kualiti pengajaran di sekolah kerana guru-guru akan didedahkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang membolehkan mereka untuk mahir di dalam bidang pengajaran dan pendidikan.

SIJIL PERGURUAN YAPIS (SPY)

Sijil Perguruan YAPIS adalah program pendidikan guru setaraf Diploma Pendidikan yang ditawarkan oleh Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) diwujudkan adalah untuk membantu serta mengenalpasti kekurangan yang terdapat dalam kalangan guru-guru sekolah Agama yang tidak terlatih supaya penambahbaikan dapat dilakukan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti guru seterusnya melahirkan guru yang berprofesionalisme tinggi.

Tujuan penawaran program Sijil Perguruan YAPIS adalah untuk melatih guru-guru yang sudah berkhidmat lama tetapi tidak terlatih untuk menjadikan profesion perguruan sebagai kerjaya sepenuh masa. Matlamat utama program Syahadah Perguruan dilaksanakan adalah untuk menghasilkan guru-guru yang mempunyai kualiti kemahiran professional dan nilai dalam bidang pendidikan, mampu mengajar dan mengurus matapelajaran yang ditawarkan di sekolah dan mempunyai keupayaan sebagai pemimpin pengajaran. Melalui pendidikan yang diikuti di dalam program Syahadah Perguruan ini, guru-guru akan dibentuk untuk menjadikan kerjaya perguruan sebagai ibadah dan dakwah sepanjang hayat, yang mempunyai kesetiaan dan cinta di dalam hati kepada sekolah dan seterusnya menterjemahkan outcome yang takut kepada Allah, mendapat redha dan rahmatNya.

PENSYARAH DAN TENAGA PENGAJAR 

Pensyarah dan tenaga pengajar di dalam Program Syahadah Perguruan akan dipastikan mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kemahiran yang diajar. Ini kerana bidang teknik dan vokasional adalah bidang melibatkan kemahiran yang sentiasa berkembang pesat. Oleh itu tenaga pengajar yang berpengetahuan tinggi dan berpengalaman luas diperlukan untuk mendedahkan guru kepada pengetahuan dan perkembangan teknologi yang terkini dalam program yang diikuti. Pensyarah seharusnya mempunyai kepakaran yang luas di dalam bidang yang diajar serta mempunyai kelayakan ikhtisas dan mempunyai kepakaran dan pengalaman disamping pengetahuan bagaimana untuk mentadbir kursus Syahadah Perguruan itu sendiri.

Pensyarah yang terlibat di dalam program Syahadah Perguruan seharusnya mampu untuk menerapkan nilai berfikiran secara kritikal kepada guru-guru sebagai pendidikan teknikal menghadapi dan menyelesaikan masalah yang akan dihadapi oleh mereka apabila mereka berada di sekolah.

BADAN PELAKSANA

Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) adalah badan yang dilantik untuk mengurus serta menyelia program sepenuhnya.

STRUKTUR KURIKULUM PROGRAM SYAHADAH PERGURUAN

Struktur program Syahadah Perguruan ini menerangkan kursus-kursus yang perlu diambil oleh guru-guru yang mengikuti program ini. Struktur program Syahadah Perguruan mengandungi komponen-komponen utama seperti komponen ikhtisas pendidikan dan komponen pendidikan teknikal.

SENARAI SUBJEK TERAS PENDIDIKAN

Bil.

SUBJEK TERAS PENDIDIKAN

JUMLAH JAM

1

DINAMIKA GURU

12

2

INSAN GURU & KEGURUAN

12

3

GERKO I

12

4

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

12

5

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

12

6

SEKOLAH DAN PELAKSANAAN KURIKULUM

12

7

PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

12

8

BIMBINGAN DAN KAUSELING

12

9

TEKNOLOGI PENDIDIKAN (1 & 2)

12

10

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (Microteaching)

12

11

PRAKTIKUM

2X 1 ORANG

 

JUMLAH

120 JAM KULIAH 

2 JAM PENYELIAAN


ANGGARAN

Program Syahadah Perguruan ini mempunyai jadual latihan selama 15 hari (120 jam kredit). Kumpulan sebanyak 30 orang guru akan dilatih bagi setiap sesi pengambilan.


Kertas Kerja SPY.doc

Laporan program SPY.pdf