A.I.T.A.F

Akademi Integrasi Tahfiz Alfalah (AITAF) adalah merupakan sebuah pusat pendidikan komprehensif dan bersepadu khusus untuk membantu masyarakat dan golongan huffaz mengembangkan potensi diri dari aspek keilmuan akademik dan sahsiah diri. Golongan huffaz ini dilatih dan ditarbiah dengan sebaik-baiknya dengan mengekalkan jumlah hafazan Al-Quran bagi mencapai matlamat hidup setiap insan iaitu sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini.

Justeru, bagi mencapai matlamat tersebut, Akademi Integrasi Tahfiz Alfalah telah menyediakan satu platform khusus bagi pelajar huffaz ini menyambung pengajian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kaedah cepat dan segera (Fast-Track SPM) secara bersistematik dan teratur demi memastikan setiap pelajar mendapat peluang pendidikan secara formal tanpa mengabaikan tanggungjawab pengulangan hafazan Al-Quran mereka.

Akademi ini juga ditubuhkan berasaskan kepada kewajipan menuntut ilmu yang merupakan aspek paling penting agar setiap ibadah yang dilakukan memenuhi matlamat yang sempurna.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sebaik-baik kamu adalah sesiapa yang belajar Al- Quran dan mengajarkannya.

Kami bertekad untuk membantu para huffaz ini agar berpeluang untuk bersama-sama mengikuti pengajian formal pendidikan negara seterusnya mengembangkan potensi mereka ke arah yang lebih baik dan cemerlang pada masa akan datang. Nilai tambah para huffaz ini membolehkan mereka meneroka ruang dan bidang yang diminati tanpa mengabaikan hafazan Al-Quran mereka dengan jumlah kewajipan pengulangan hafazan yang telah ditetapkan.

VISI

Untuk menjadi Model Pusat Kecemerlangan Huffaz secara komprehensif dan holistik dalam bidang akademik dan kemahiran berteraskan nilai agama dan sahsiah yang terpuji.

MISI

Bertekad menyediakan kemudahan dan prasarana berteraskan kecemerlangan dan pembelajaran kondusif bagi mengembangkan potensi golongan huffaz sebagai golongan yang kompeten, profesional dan berdaya saing.

OBJEKTIF

Menyediakan platform utama bagi pelajar lepasan maahad dan madrasah tahfiz mengikuti pengajian akademik ilmuan dan kemahiran teknikal dan vokasional.

Memberikan pendedahan tentang halatuju dan peluang yang lebih jelas dan terjamin untuk para huffaz melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi terutamanya di peringkat IPT.

Mengiktiraf dan memartabatkan golongan huffaz Al-Quran ke peringkat yang lebih tinggi sejajar dengan seruan Syariat Islam di seluruh Malaysia.

Menyahut seruan Kerajaan Malaysia dalam memperkasakan potensi bidang kemahiran berteraskan teknik dan vokasional dalam setiap lapisan golongan masyarakat.

Menyediakan ruang pra-universiti dan kelas peralihan terutama melibatkan pelajar yang terlepas mengikuti pengajian akademik di sekolah arus perdana.

Menyediakan khidmat nasihat berkaitan potensi para huffaz melalui kaedah seminar pembangunan kerjaya dan kebolehpasaran di dalam sektor awam dan swasta.

Memberi pendedahan awal kepada para huffaz mengenai kehidupan pra-universiti yang penuh cabaran dan ujian terutama dalam aspek pengulanganhafazan Al-Quran.

Visit Us On Our Website

Visit Us On Facebook