MENGARUS PERDANAKAN
SISTEM PENDIDIKAN ISLAM

Bersama Melakukan Perubahan, Hari Ini!

Yayasan Pendidikan Islam Selangor atau YAPIS adalah sebuah institusi pendidikan Islam di Negeri Selangor yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai sebuah Yayasan. YAPIS telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 21 Mac 2011. Di bawah Seksyen 24(1) sebagai sebuah syarikat dengan tanggungan berhad tanpa perkataan BERHAD kepada namanya.

Penubuhan YAPIS adalah sebagai salah satu strategi utama bagi memperkasa dan memartabatkan sistem pendidikan Islam di Selangor. YAB Tan Sri Dato Menteri Besar dalam Konvensyen Pendidikan Islam pada 8 Disember 2009 telah melancarkan penubuhan YAPIS dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah meluluskan penubuhan YAPIS pada 24 November 2010.

Objektif penubuhan YAPIS seperti yang termaktub dalam Memorandum Yayasan adalah seperti berikut ;

Mewujudkan dan menggariskan satu sistem pendidikan menyeluruh berasaskan Sistem Pendidikan Islam di semua peringkat sama ada peringkat pra sekolah, rendah, menengah, kolej dan university di Negeri Selangor ke arah melahirkan muslim yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, beramal soleh untuk membangunkan diri, keluarga, masyarakat, Negara dan ummah.

Menggembleng kepakaran para ilmuwan Islam bagi membangunkan kurikulum Pendidikan Islam yang menggabung jalinkan aspek spiritual (kerohanian), physical (fizikal), intellectual (akal), emotional (emosi) dan social (sosial).

Menyediakan pelbagai bentuk prasarana, kemudahan, perkhidmatan dan bantuan pendidikan kepada semua institusi pendidikan Islam di semua pringkat dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi di Negeri Selangor.

VISI YAPIS
Menjadi sebuah Yayasan Pendidikan Islam terunggul di negeri ini.

MISI YAPIS
Menjadikan falsafah Pendidikan Islam sebagai dasar sistem pendidikan di Negeri Selangor.

Menghasilkan kurikulum bersepadu merangkumi aspek ruhiyah, aqliah dan jasadiah berasaskan Al-Quran & As-Sunnah.

Memperkasakan system pengurusan dan pentadbiran yang berlandaskan urus tadbir dan amalan pengurusan yang baik serta professional.

MOTO YAPIS
Islamic Education For All. Understand the Future, Today.

M.I.T.T.I.S

MITTIS merupakan sebuah sekolah tahfiz persendirian (swasta) peringkat menengah di bawah seliaan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) yang menawarkan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) serta menerapkan Project Base Laerning (PBL) kepada pelajar yang terdiri daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Learn More

A.I.T.A.F

Akademi Integrasi Tahfiz Alfalah (AITAF) adalah merupakan sebuah pusat pendidikan komprehensif dan bersepadu telah menyediakan satu platform khusus bagi pelajar huffaz menyambung pengajian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kaedah cepat dan segera (Fast-Track SPM) secara bersistematik dan teratur demi memastikan setiap pelajar mendapat peluang pendidikan secara formal tanpa mengabaikan tanggungjawab pengulangan hafazan Al-Quran mereka

Learn More

S.P.Y

Sijil Perguruan YAPIS (SPY) adalah program pendidikan guru setaraf Diploma Pendidikan yang ditawarkan oleh YAPIS dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) diwujudkan adalah untuk membantu serta mengenalpasti kekurangan yang terdapat dalam kalangan guru-guru sekolah Agama yang tidak terlatih supaya penambahbaikan dapat dilakukan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti guru seterusnya melahirkan guru yang berprofesionalisme tinggi.

Learn More

DR. HJH. HALIMAH ALI

Pengerusi

Mantan Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Selangor & Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Read More  

PROF. MADYA HJ. ZAINAL ABIDIN KIDAM

Ahli Lembaga Pengarah

Ahli Majlis MARA & Pengerusi Pertubuhan Pendidikan islam Selangor

Read More  

PROF. DR. DATO’ ABD. HALIM BIN TAMURI

Ahli Lembaga Pengarah

Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) & Professor di UPM

Read More  

PUAN HJH. NOOR HANIM BINTI ISMAIL

Ahli Lembaga Pengarah

Mantan Adun (Selangor), NYDP SRA BATU 13 Puchong & Pengerusi Lajnah Kebajikan SAMBEST Selangor

Read More  

IR. HJ. NAJIB BIN AHMAD

Ahli Lembaga Pengarah

Pengasas Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (Kajang)

Read More  

KOMPLEKS PENDIDIKAN YAPIS

KOMPLEKS PENDIDIKAN YAPIS

Cadangan pembangunan kompleks pendidikan yapis ini adalah seluas 9.72 ekar di Tanah Simpanan Melayu Belia 1, Mukim Sungai panjang, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Kompleks ini lengkap dengan sekolah, asrama lelaki dan perempuan, surau, rumah warden, pejabat, dewan, dewan makan, padang permainan, padang reakreasi, lot kedai dan 19 lot rumah sesebuah

Learn More
MAKE A DONATION
Sumbangan Diperlukan :
 
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CD, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :

Bank : MAYBANK
Nama : Yayasan Pendidikan Islam Selangor
No Akaun : 5621 0681 4416

Letakkan reference "YAPIS" untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.

Terima Kasih
  • Batu 13, Lebuhraya Cheras - Kajang, Kampung Sungai Sekamat, Kajang, Selangor, Malaysia
  • Lot 360, Kg. Sungai Balak

GRATIFICATION YAPIS greatly appreciates each and every support and contributions made in helping us fulfilling our vision and missions. In the future, we hope to meet more passionate individuals like you in this humanity effort. May Allah SWT bless us for all our hardwork and sacrifices.